![]() |
Gambar keputusan peperiksaan Mid Semester bagi subjek Prinsip Perakaunan |
Pada 16 Disember
2016 yang lalu, satu perkara telah terbongkar dan benar-benar membuatkan aku
teruja untuk mengetahuinya. Sesuatu yang sudah lama aku pendamkan untuk tahu.
Tiba-tiba pada hari itu, kebenaran terbongkar tanpa memerlukan usaha dari diriku
ini untuk mencarinya. Apakah perkara yang aku nantikan itu? Perkara itu ialah….
keputusan peperiksaan pertengahan yang lepas.
Pada petang
tersebut, pensyarah Prinsip Perakaunan telah memuat naik keputusan peperiksaan pertengahan
di iFolio, sebuah sistem yang memudahkan urusan pembelajaran di UKM. Sebenarnya
dalam banyak-banyak peperiksaan yang aku duduki, peperiksaan akaun lah yang
paling aku berdebar.
![]() |
Dalam perjalanan ke perpustakaan untuk belajar Perakaunan |
Sebenarnya bagi aku yang berlatarbelakangkan pelajar Sains Tulen, subjek ini agak sukar. Lebih-lebih lagi belajar bersama kelompok semua pelajar yang telah pun mempunyai asas perakaunan. Sebenarnya, tanpa diduga aku telah mendapat B untuk kertas akaun tersebut. Aku tidak tahu apa yang nak dirasakan.
Adakah keputusan ini ialah keputusan yang patut aku raikan dan banggakan? Atau aku sepatutnya perlu berkeluh kesah? Aku pun tidak pasti ingin meletakkan kepuasan di tahapan yang mana. Azam aku adalah untuk buat yang lebih baik lagi di peperiksaan akhir tahun. Doakan aku sahabat-sahabat semua.
Si Angsa.
No comments:
Post a Comment