![]() |
Setibanya di Hutam Simpan UKM |
Pabila hati
sudah memasang tekad untuk menjadi seorang Pengurus Sumber Manusia yang
berjaya, ilmu yang ingin aku timba semakin terarah. Oleh sebab itu, saat pertama
kali mendapat tahu tentang Persatuan Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM)
di UKM, aku terus tertarik untuk menyertai persatuan ini. Hasrat ini aku
teruskan juga meskipun mengetahui bahawa penyertaan ini tidak membawa sebarang
kepentingan berbentuk fizikal sama sekali seperti merit dan jam kredit. Ini
semua kerana berbekalkan cita-cita aku untuk menjadi seorang Pengurus Sumber
Manusia.
Dalam
Persatuan UPSM ini, pelbagai input-input berguna bakal diajarkan kepada para
pelajar baik berbentuk kuliah mahupun kem. Aktiviti pertama UPSM untuk ahli
baru pelajar tahun satu ialah Malam Perkenalan UPSM. Agak mendukacitakan
apabila aku tidak berpeluang untuk menyertai aktiviti ini kerana aku mempunyai
kelas CITRA pada malam tersebut malahan setelah kelas pula aku mempunyai
latihan bola keranjang.
Oleh itu, aku
sama sekali tidak melepaskan peluang untuk mengikuti Kem Fasilitator 1 (KF1)
yang telah berlangsung selama 3 hari 2 malam di Hutan Simpan UKM. Jujur aku
katakan, terlalu banyak yang aku belajar daripada kem ini. Pengisian-pengisian
dalam kem ini telah benar-benar membina jati diri, mental dan fizikal yang
cemerlang. Aku paling terkesan dalam sesi penubuhan kumpulan. Dalam sesi ini,
banyak kumpulan telah menggunakan nama-nama yang tampak trendy dan mengikut
peredaran zaman.
![]() |
Ahli kumpulan Jujur sepanjang 3 hari 2 malam |
Namun
sebaliknya, perkara ini sama sekali tidak dipersetujui oleh Ketua Fasilitator
di sana. Beliau benar-benar meningkatkan martabat Bahasa Melayu dengan
mempersoalkan tentang jati diri kami sebagai orang Melayu yang belajar di Universiti
KEBANGSAAN Malaysia apabila masih lagi menggunakan perkataan-perkataan Inggeris
sewaktu menamakan kumpulan. Apa yang lebih dahsyat, mana-mana sahaja kumpulan
yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai nama kumpulan mereka perlu menukar
serta-merta nama tersebut. Jika tidak, kami tidak berpeluang sama sekali untuk
membentangkan tentang kumpulan kami.
Percaya atau tidak, aku telah pun mendaftarkan diri untuk ke Kursus Fasilitator 2 & 3 dalam cuti semester. Aku sangat teruja dan ternanti-nanti apa pula yang bakal diajarkan pada kem yang akan datang. Buat sesiapa sahaja yang membaca entri blog ini, gunakanlah peluang anda sebaik mungkin sebagai mahasiswa di mana-mana universiti sekali pun untuk mempelajari perkara-perkara yang berfaedah. Kurangkanlah masa rehat dan bersuka-ria anda semua sementara anda masih muda. Anda digalakkan untuk lebih aktif dalam mana-mana kelab, sekretariat atau persatuan sekalipun, kerana di sinilah anda bakal menambah kenalan di universiti yang sungguh besar ini.

Si Angsa.
No comments:
Post a Comment