![]() |
Sewaktu pertama kali menonton teater di Istana Budaya |
Dan akhirnya
jarak antara aku dan dia semakin jauh. Itulah si dia yang cukup istimewa pada
aku saat ini dan juga pada masa-masa akan datang, inshaAllah… Bermula daripada
seorang sahabat yang cukup baik dan tidak pernah lokek dengan masanya untuk
membantu aku dalam apa jua keadaan, kini berjaya mendapat tempat di hatiku
sebagai seseorang yang istimewa. Tahap istimewa yang macam mana yang aku
maksudkan? Hurm… biarlah ia menjadi sesuatu yang aku dan Allah sahaja yang
tahu.
Kenapa dia
seseorang yang istimewa? Hal ini kerana dia seorang yang sangat sabar dalam
menerima apa sahaja karenah-karenah pelik dan bukan-bukan yang datang dari diri
aku. Kami berkenalan di Kolej Mara Banting (KMB). Sama-sama belajar dan dikira
mentor aku untuk subjek Mikroekonomi. Tapi, kami datang dari jurusan yang
berbeza semasa di KMB. Aku ialah seorang pelajar jurusan kejuruteraan, manakala
dia ialah pelajar jurusan ekonomi.
![]() |
Saat dia terbang ke UK |
Aku sangkakan, setelah tamat pengajian di KMB, maka di situ jugalah pengakhiran kepada persahabatan yang telah terbina ni. Ialah, rumah pun tak dekat. Seorang tinggal di Senawang dan seorang lagi tinggal di Kajang. OK mungkinlah tak berakhir, tapi persahabatan tu aku jangkakan menjadi bertambah renggang. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kami bertambah rapat setelah tamat KMB mungkin sebab mak ayah dah mula kenal. Dia pun pernah datang rumah waktu raya dan waktu-waktu lain.
Apa yang lebih istimewa tentang dia ni ialah dia ni seseorang yang boleh masuk dalam bulatan kenalan-kenalan aku. Baik dari keluarga sehinggalah rakan-rakan mama dan sahabat-sahabat baik aku yang sejak sekolah rendah lagi. Hal ini telah menjadikan kami selesa berkenalan. Tapi sedih, kerana sekarang dia berada di UK untuk menyambung pelajaran. Tapi, tidak mengapalah. Mungkin inilah peluang untuk kami berdua memberi peluang kepada diri masing-masing untuk lebih mengenali orang lain di sekeliling kami dan menguji hati masing-masing.
Semoga atas segala kebaikan yang dia telah lakukan terhadap diriku bakal dibalas dengan lebih banyak kebaikan pada dirinya. Sedih, rindu.. sebab kami dah tidak punya kesempatan untuk meluangkan masa bersama. Namun begitu, berada dalam era modenisasi ini, jarak tidak menjadi alasan ataupun penghalang kepada sesuatu perhubungan lagi kerana kita ada Skype, Free Voice Call dan Video Call di Whatsapp. Hargailah setiap orang yang telah banyak berjasa pada diri kita. Semoga dia yang dimaksudkan sentiasa dalam rahmatNya. Saya sayang awak.
Si Angsa.
No comments:
Post a Comment