![]() |
Barisan ahli Majlis Tertinggi SPTS |
Hakikat yang
sukar dipercayai apabila aku telah menjadi salah seorang yang terpilih untuk
menyertai Sekretariat Pelajar Tahun Satu (SPTS) antara 190 lebih pelajar lain
yang menghadiri temu duga. Perasaannya sama seperti waktu aku dapat tahu yang
aku salah seorang yang terpilih daripada ramai orang yang telah menghadiri uji
bakat drama patriotisme bagi pertandingan peringkat negeri. Haha. Waktu tu
jahil lagi. Hahaha. Tahu apa yang lebih mengejutkan lagi, daripada permohonan
aku yang ingin menjadi ahli Exco Hal Antarabangsa dan Korporat, tiba-tiba
dipilih menjadi Timbalan Eksekutif. Ini benar-benar hakikat yang sukar untuk
aku hadam.
Jadi, tugas
pertama yang perlu kami lakukan ialah untuk mengadakan Dinner SPTS yang mana
melibatkan semua ahli PMFEP dan juga SPTS. Dinner ini bertujuan untuk
memperkenalkan barisan SPTS yang baru dilantik kepada PMFEP dan juga untuk
mengeratkan lagi hubungan antara PMFEP dan SPTS. Alhamdulillah… dinner tersebut
berlangsung dengan lancar. Cuma kami mempunyai banyak makanan berlebih dan aku
sebagai Majlis Tertinggi yang menjaga AJK Makanan sama sekali berasa amat
bersalah. Kami banyak menggunakan konsep potluck yang mana ahli SPTS membawa
makanan sebagai tajaan untuk dinner tersebut. Namun aku tetap kesal dengan apa
yang berlaku.
![]() |
Grand Dinner FEP yang telah diadakan di Bangi Golf Resort |
Tugas kedua kami pula ialah untuk menjadi AJK yang bekerjasama dengan ahli PMFEP dalam menjayakan Grand DInner FEP 2016. Banyak gerak kerja telah pun dibuat terlebih dahulu. Jadi kehadiran kami sebagai AJK adalah untuk melancarkan dan melaksanakan gerak kerja yang telah pun dibuat. Namun sebenarnya aku kesal. Sepanjang minggu perkampungan Grand Dinner aku tak dapat menghadirkan diri kerana banyak tugas-tugas aku di Program Mobiliti ke Tokyo tertangguh kerana minggu presentation, interview dan dinner aku berlangsung pada minggu yang sama.
Jujur aku katakan, mungkin aku perlu lebih efisien dalam melakukan satu-satu tugas ataupun mengatur kerja kumpulan dengan lebih baik agar sebarang kerja kumpulan kuliah tidak dibebankan pada seseorang individu sahaja. Jujur aku katakan kerja berkumpulan di fasa universiti lebih sukar berbanding di tempat-tempat belajar yang sebelum ini. Selain itu juga, aku perlu lebih bertanggungjawab atas tanggungjawab yang aku pikul dan menerima hakikat sebagai salah seorang ahli SPTS sepenuhnya. Tanggungjawab adalah sesuatu yang perlu dipikul dengan baik. Jika tidak, kita bakal disoal di akhirat kelak.
Si Angsa.
No comments:
Post a Comment