![]() |
Gambar kumpulan Harimau |
Aktiviti pertama yang aku mula untuk turut serta ialah
aktiviti KEMSIS, iaitu Kem Mahasiswa Mahasiswi FEP. Sebenarnya aku ialah orang
terakhir yang mendaftar untuk kem ni. Entah kenapa hati tiba-tiba terdetik nak
turut serta dalam kem ni. Bayaran pun diselesaikan dalam jangka masa yang
singkat. Malam yang esoknya nak pergi, baru pm akak PIC untuk program ni.
Alhamdulillah… ada tempat kosong. Hebatkan aturan Allah, kalau sudah ditulis
yang aku akan sertai kem tu, tak kisah lah lambat mana pun aku daftar, pasti
ada tempat kosong. Disebabkan kekosongan inilah, aku ternantikan-nantikan akan
apa yang Allah mahu aku belajar dan kenal di sini.
![]() |
Sementara menunggu sesi taklimat sebelum meredah hutan |
Biasalah, aktiviti mana yang ada baik sahaja tanpa ada
kekurangan. Lagi-lagi, aktiviti yang diuruskan oleh manusia-manusia serba
kekurangan seperti kita semua. Tapi tidak mengapa, kerana atas setiap apa pun
yang kita lalui dalam hidup ini, sama ada baik ataupun buruk, pasti ada sesuatu
yang boleh kita pelajari. Jadilah orang yang optimis. Kalau nak cerita dari
awal sampai akhir, maka pasti blog entri ni akan jadi panjang melebar. Jadi
untuk dipendekkan cerita, aku kem ini telah berlangsung selama tiga hari dua
malam iaitu dari 14-16 Oktober 2016.
Sepanjang di kem ini, aku banyak belajar benda baru dan apa
yang lebih penting, kem ini telah berjaya membangkitkan semula semangat
berpasukan dalam diriku ini. Hal ini mungkin kerana dah lama bercuti akibat
menunggu keputusan peperiksaan keluar dan menunggu tawaran universiti. Aku
merupakan ahli kumpulan HARIMAU. Di akhir kem ini, kami telah mendapat anugerah
kumpulan paling kelakar. Haihhh… memang kelakar pun kami boleh dapat anugerah
ni sebab bukan ke yang selalunya kelakar tu kumpulan lelaki? Kumpulan Harimau
ni yang kumbangnya, cuma seekor dan yang lain semuanya kuntuman-kuntuman bunga
indah.
![]() |
Denda yang kami terima kerana gagal menyelesaikan tugasan di checkpoint |
Sebelum bercerita dengan lebih panjang, suka untuk aku
simpulkan dan peringatkan kepada semua rakan-rakan sebaya, adik-adik,
abang-abang, kakak-kakak, untuk benar-benar memanfaatkan masa dengan baik. Jika
kita suka beralasan bahawasanya kita sibuk.. ingatlah bahawa kehidupan kita di
dunia sentiasa akan sibuk. Tetapi jadilah orang yang bijak memilih atas urusan
apa kita mahu disibukkan. Semoga urusan yang kita pilih adalah urusan yang
bakal memanfaatkan dunia dan akhirat kita. Sekadar pesanan buat semua dan
peringatan yang lebih besar lagi pada si penulis entri.
Si Angsa.
No comments:
Post a Comment