![]() |
Sesi penggambaran di NU Sentral |
Aku umpama
diberi peluang untuk mengenali serba sedikit tentang dunia sebenar lakonan
apabila diberi tugasan untuk menghasilkan sebuah video PSA (Public Service
Announcement) selama 5 minit. Pelbagai perkara yang kami lalui sepanjang
pembikinan. Salah satu darinya ialah tiba-tiba salah seorang ahli berjaya
mendapat pindahan kredit. Jadi daripada 4 orang, kini kami hanya tinggal 3
orang. Namun, disebabkan semangat berkumpulan yang mungkin agak tinggi sahabat
aku yang seorang tu bersetuju untuk membantu kami bertiga untuk pembikinan
video ini.
Jadi sewaktu
meeting brainstorming kami, kami datang dengan idea dan pada hujung minggu itu
juga kami telah keluar ke NU Sentral untuk memulakan penggambaran video kami.
Sebenarnya idea kami memerlukan banyak kepada adegan-adegan mesra antara suami
isteri. Alhamdulillah, adik salah seorang ahli kumpulan kami belajar di
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan jaraknya agak berdekatan dari NU
Sentral. Adiknya telah bersetuju untuk memberikan kerjasama kepada pembikinan
video ini.
Kami
meneruskan penggambaran dengan lancar tetapi
kami telah melakukan beberapa kesilapan apabila terdapat beberapa adegan yang
kami terlepas pandang dan hal ini mengakibatkan struktur cerita kami lari. Oleh
kerana kami sukar mendapatkan semula adik sahabat kami itu, kerja-kerja lanjut
pembikinan video telah tertangguh. Sebenarnya kami ada membuat “backup plan”
tapi adegan tersebut tidak mencapai penilaian yang kami semua inginkan. Jadi
akhirnya, kami dapat juga mendapatkan adik sahabat kami itu dan meneruskan lagi
penggambaran.
Tahukah anda
sebenarnya dalam lakonan, pelakon perlu mengulang berkali-kali satu-satu adegan
kerana memerlukan reaksi daripada pelbagai sudut. Jujur saya katakan saya
gembira sepanjang pembikinan video ini. Ia benar-benar menguji daya kreativiti
kepengarahan kami semua. Cuma aku kecewa apabila diri ini tidak mahir dalam
hal-hal suntingan video. Sebenarnya hanya seorang sahaja yang agak pakar dalam
hal-hal suntingan. Jadi ini sebenarnya salah satu punca yang menyulitkan
kelancaran pembikinan video ini.
Pesanan dan
nasihat saya kepada sesiapa sahaja yang sedang membaca entri ini agar
memantapkan diri anda dengan kemahiran-kemahiran IT. Percayalah ia bakal berguna
untuk anda. Jika bukan sekarang, pasti akan datang. Percayalah…
Si Angsa.
No comments:
Post a Comment