![]() |
Hari terakhir pengumpulan data di Pasar MyFarm Outlet, Putrajaya |
Kerja lapangan pertama yang aku lakukan dalam semester satu
ini ialah kerja lapangan bagi tugasan akhir semester subjek Mikroekonomi.
Komponen yang dinilai dalam tugasan ini adalah berkenaan keanjalan dan cara
peletakan harga bagi barangan-barangan mentah di pasar. Jadi kumpulan kami yang
terdiri daripada 5 orang perempuan dan seorang lelaki telah memilih Pasar Basah
Bandar Baru Bangi dan Pasar MyFarm Outlet di Putrajaya. Kami perlu mencatatkan
harga ayam dan ikan di kedua-dua pasar secara berkala selama 7 minggu iaitu
satu hari seminggu.
Perjalanan kami dalam bergerak secara berkumpulan berjalan
lancar sehinggalah tiba waktu pembentangan. Percaya atau tidak, aku tidak tidur
semalaman kerana kumpulan aku tidak bersedia apa-apa pun untuk pembentangan
keesokan harinya. Ikutkan hati, mahu sahaja aku tidur dan meredah hari esok
dengan carca marba. Tapi setelah memikirkan sedalam-dalamnya, hal tersebut
hanya akan memuaskan perasaan ketidakpuasan hati aku. Namun, ia sama sekali
tidak menyelesaikan masalah utama kes ini. Jadi aku membuat keputusan untuk
mengorbankan diri berjaga pada malam itu demi menyiapkan tugasan tersebut.
![]() |
Hari pertama aku dan Syafiqah ke Pasar Bandar Baru Bangi dan bersama pemilik kedai ayam |
Mungkin hari ini hari mereka, mana tahu esok lusa hari aku
pula. Tidak mengapalah. Punca kepada masalah ini ialah PIC (person in charge)
yang bertanggungjawab sebenarnya tidak menyimpan data dengan baik yang sekali
gus mengakibatkan kerja-kerja pembikinan laporan kajian terganggu teruk. Tidak
mengapa, daripada data yang sedia ada itu, aku susun sebaiknya dan menambah
sedikit data-data yang hilang. Akhirnya, aku berjaya juga menyiapkan laporan
dan bersedia untuk pembentangan pada esok hari.
Walau bagaimanapun, kelas telah dibatalkan secara tiba-tiba
melalui whatsapp group kerana pensyarah kami mempunyai urusan yang tidak dapat
dielakkan. Alhamdulillah Ya Allah, kerana memberi ruang kepada ahli kumpulan
kami melakukan penambahbaikan. Peluang yang ada ini tidak kami semua
sia-siakan. Akhirnya kami mampu membentangkan laporan dengan baik, cuma laporan
berbentuk video tidak bertepatan dengan kemahuan pensyarah. Akhir kalam, apa
yang aku benar-benar belajar daripada kisah ini ialah untuk tidak mempercayai
100% kerja ahli kumpulan meskipun pembahagian tugas telah dilaksanakan. Semakan
kerja yang berkala perlu untuk mengelakkan perkara-perkara “ad hoc”.
Si Angsa.
No comments:
Post a Comment