![]() |
Malam persembahan nasyid hasil kumpulan kami, Soul Asy-Syabab |
Keputusan aku
memasuki kelas Citra Nasyid di UKM telah memberikan aku sebuah penjelasan
bahawa sebenarnya kelas Citra yang disyorkan kepada mahasiswa dan mahasiswi UKM
untuk sertai ialah kelas yang mana pelajar tersebut telah mempunyai bakat,
kemahiran dalam bidang tersebut untuk memperoleh gred pointer yang cemerlang.
Jika anda tidak mempunyai sebarang bakat, jujur aku katakan ia sukar. Tapi
nasihat ini disyorkan kepada anda di luar sana yang mungkin tidak ambil banyak
jam kredit dalam satu-satu semester tersebut.
Hal ini kerana
jujur aku katakan aku agak tertekan kerana aku tidak mempunyai sebarang latar
belakang nyanyian. Teknik dan pengaplikasian nyanyian sama sekali aku tidak
tahu. Hal ini bertambah parah apabila semua ahli kumpulan aku adalah yang
senasib dengan diriku ini. Sangkaan aku salah selama ini. Aku menyangka bahawa
kami semua akan diajar terlebih dahulu dengan baik dan seterusnya baru akan
diberikan tugasan. Rupa-rupanya bukan begitu. Mungkin juga hal ini hanya
berlaku pada kelas aku. Hurm… Aku tidak pasti.
Meskipun
begitu, walaupun sukar bagi kami sekumpulan sebenarnya untuk menghasilkan
lirik, melodi dan gaya nasyid sendiri. Namun ianya seperti mencabar kelaziman
pada diri sendiri. Bila difikir-fikirkan, seronok sebenarnya belajar benda baru
ni. Cuma, itulah bila aku teringatkan pointer yang mungkin akan terjejas kerana
mendaftar di kelas ini, aku mula resah gelisah. Tapi tidak mengapalah, usaha
telah pun kami sekumpulan letakkan. Sebarang keputusan yang bakal aku peroleh
nanti, aku akan terima selapangnya. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang
terbaik buat hamba-hambaNya.
Aku
benar-benar berharap bahawa gred pointer aku tidak teruk dan menjejaskan
pointer keseluruhan aku untuk semester ini. Dalam kesempatan ini juga aku ingin
mengucapkan selamat maju jaya kepada semua mahasiswa dan mahasiswi UKM yang
bakal berhadapan dengan peperiksaan akhir semester. Semoga kita semua tidak
leka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan lebih fokus pada apa yang
bakal mendatang. Ingatlah, peluang sememangnya akan datang berkali-kali, namun
peluang yang sama tidak akan datang berkali-kali.
Si Angsa.